27 December, 2008

Happy Holidays dan Selamat Hari Tahun Baru!






Selamat Hari Tahun Baru! Saya tak percaya hari tahun
baru dah sampai. Rasa macam semalam saya tinggal
Malaysia. 'Time flies'! Saya dah habis satu semester
mengajar kat kolej dan Ben dah kerja semasa tiga bulan.
Pelik!


Minta maaf dah lama saya tak tulis blog ini. Kami
memang terlalu sibuk tapi sebetulnya saya takut saya dah
lupa bahasa Melayu jadi saya malu tulis. Saya tak mahu
lupa bahasa Melayu, saya mahu balik ke Malaysia dan
cakap dengan semua kawan kami dan kalau saya lupa
bahasa Melayu saya tak boleh. Tapi saya takut saya lupa
sebab di Amerika tak boleh cakap bahasa Melayu, setiap
hari saya cakap, tulis, dan baca bahasa ingerris sahaja.
Susah ingat bahasa Melayu, terutamanya sebab kami
bermula belajar bahasa espanol. Jadi, saya akan cuba
tulis blog ini kerapkala walaupun saya malu sebab tak
boleh lupa bahasa Melayu.


Sekarang saya ada cuti untuk Christmas dan New Year's.
Ben tak ada cuti. Dia kerja banyak sekarang. Dia pergi ke
tempat kerja pada lima pagi setiap hari minggu. Tapi dia
suka kerja dan dia memang lagi kuat dan sihat. Dia ada
doktor yang baik dan makan ubat untuk sakit badan.
Tambahan pula, dia jumpa beberapa orang yang ada
stroke semasa mereka muda jadi dia ada kawan yang
tahu macammana dia rasa.


Saya akan mengajar satu kelas lagi pada Januari dan
cuba tulis thesis. Saya memang malas tulis thesis, sangat
susah dan saya tak suka. Selain itu, mengajar kat kolej
susah dan makan banyak jam setiap hari jadi tak ada
masa untuk tulis. Semester seterusnya saya ada satu
kelas saja jadi mungkin saya boleh 'fokus' kepada thesis
saya.


Kamai tinggal dekat ibubapa Ben jadi kami jumpa mereka
banyak. Untuk Christmas, kami pergi ke rumah mereka
di gunung-gunung. Seronoknya! Mereka bagi kami
banyak hadiah dan masak makanan yang sedap. Kami
bawa anjing-anjing dan pergi ke tasik yang baku untuk
jalan-jalan. Kat rumah ibubapa Ben terdepat banyak
salji. Kat rumah kami tak ada salji sekarang, salji dah
hilang. Hari ini sejuk tapi cerah. Selalu macam itu di
Colorado. Langit selalu biru dan cantik. Sekarang saya
boleh lihat gunung-gunung yang putih- sangat indah.
Saya teringin semua kawan di Malaysia boleh lihat juga.


Saya semoga kamu boleh faham blog post ini. Saya takut
saya buat terlalu banyak salah. Semoga juga
kawan-kawan sangat gembira dan sihat. Kami rindu
kamu dan ingat pasal kawan di Malaysia banyak.


Jaga diri,
Ben dan Casey

05 November, 2008

HOORAY!!!


HOPE for us all!

30 September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri!



Kepada semua kawan kami di Malaysia, semoga bergembira di hari mulia ini bersama ahli keluarga dan anak suadara tercinta serta rakan rapat.

Kami rindu kamu sekalian!

13 September, 2008

Apa khabar orang kampung?

Selamat Malam!

Saya nak ucap terima kasih kepada semua kawan di Malaysia yang ‘comment’ kat blog ini. Saya memang seronok baca ‘comment’ kamu dan menjadi gembira bila-bila saya dapat ‘comment’ baru. Saya nak ucap tahniah kepada Boboy, Arif, dan semua anak yang lulus UPSR. Saya kagum. ‘Keep up the good work!’

Saya masih puasa. Saya mahu puasa seluruh bulan puasa. Kadang-kadang saya rasa haus dan penat tapi saya boleh tahan. Hari tu saya hampir terlepas suhur. Saya bangun pada 5:14 pagi dan fajr pada 5:23 pagi. Saya makan dan minum cepat sebab saya ingat kalau saya tak makan suhur saya memang tak boleh tahan hingga Maghrib. Lepas tu, perut saya sakit tapi saya ok hingga Maghrib.

Mujurlah, di Colorado setiap hari lagi singkat jadi setiap hari saya boleh bangun lagi lewat dan buka puasa lagi awal. Pada haribulan 30 bulan Septembre, saya boleh bangun pada 5:20 pagi dan buka puasa pada kira-kira 6:40 malam. Jadi kena puasa untuk kira-kira 13 hours, dulu saya kena puasa kira-kira 15 hours. Setiap hari lagi senang!

Saya masih tak ada gambar kawasan rumah kami tapi hujung minggu lepas Ben dan saya dengan kawan kami berkhemah dalam kawasan gunung dan saya ada gambar.

Seronok berkhemah. Dah lama kami khemah dalam hutan. Kami memang suka. Kami suka udara yang sedar dan pemandangan yang sangat indah. Kami buat api kecil dan bakar ‘marshmellows’ hingga lewat malam. Seronoknya! Semoga kami boleh berkhemah lagi hujung minggu depan.

Ok, Ben mahu makan malam jadi saya kena berhenti sekarang. Semoga semua kawan kami di Malaysia sihat dan gembira!

Jaga diri,

Casey and Ben


01 September, 2008

Selamat Bulan Puasa

Selamat Bulan Puasa!  Saya tak percaya Bulan Puasa dah sampai.  Saya belum sedia tapi saya cuba puasa tahun ini lagi.  Pagi tadi, saya bagun awal untuk suhur dan saya dah haus.  Sini puasa susah sangat sebab kena puasa dari 5 pagi ke 7:30 malam.  Tak boleh makan atau minum untuk lima belas jam! Colorado sangat kering juga jadi saya selalu haus.  Saya teringin saya di Malaysia dengan kawan-kawan yang puasa juga.  Besok saya cuba dapat kawan Muslim kat Universiti sebab Ben tak mahu puasa dengan saya.

Dulu, saya bergurau.  Ben tak malas.  Dia kerja kuat dan boleh dapat kerja tak lama lagi.  Walaupun dia pergi memancing hari ini, sementara saya duduk kat rumah dan buat kerja :)

Semoga semua kawan-kawan kami di Malaysia sihat dan gembira dan wish you a safe and peaceful bulan puasa.

27 August, 2008

Rumah Kami

Selamat Pagi. Apa khabar? Semoga semua kawan-kawan di Malaysia sihat. Ben dan saya rindu kamu banyak-banyak.

Kami masih sibuk susunkan barang -barang rumah tapi kami hampir siap. Minggu ini saya ada cuti kerja, selagi Ben cari kerja. Besok dia ada dua temuduga. Saya ingat tak lama lagi dia dapat kerja tapi saya ingat dia tak mahu kerja. Saya ingat dia dah menjadi malas :)

Hari ini, saya nak kongsi gambar-gambar rumah kami. Jadi,

SELAMAT DATANG KE RUMAH KAMI


Kami ada bilik dapur juga tapi bilik itu sangat kecil. Terdapat dua bilik tidur dan satu bilik mandi. Bilik-bilik itu memang belum siap (tak ada tilam) jadi saya tak ada gambar. Mungkin nanti saya boleh kongsi gambar.

Saya takut saya dah lupa Bahasa Melayu jadi minta maaf kalau saya buat banyak salah. Saya akan cari kawan Melayu di sini jadi saya boleh cakap Melayu. Malangnya, Saya belum jumpa orang Melayu di sini.

Ok, itu sahaja hari ini.

Jaga diri,
Casey dan Ben

16 August, 2008

Dah Sampai di Colorado

Maafkan saya, dah lama saya tak tulis. Ben dan saya memang sibuk di Amerika tapi kami sihat. Kami sampai di Colorado seminggu lepas dan hari ini kami masih belum siap kemas rumah. Kami ada terlalu banyak barang, ambil masa lama susun rumah. Saya bermula mengajar di universiti minggu lepas juga jadi tak ada masa untuk apa-apa lain.

Macammannapun, kami gembira dan suka sangat rumah baru kami. Nanti, saya tulis tentang rumah dan Colorado. Sekarang, saya nak tulis tentang perjalanan ke Colorado dari New Jersey. Perjalanan itu sangat jauh. Kami kena mandu hampir 2,000 batu.

Perjalan Kami dari New Jersey ke Colorado (tanda dalam merah)
Ben dan saya sewa lori besar dan keluarga saya bantu penuhkan lori. Susah sangat sebab ada banyak barang besar dan berat.

Lori disewa (8 meter)

Barang-barang kami dalam lori.

Ben, adik saya, dan ayah saya


Lepas semua barang kami dalam lori, Ben, saya, dan anjing-anjing kami naik lori. Memang himpit dan tak selesa tapi kami tak ada pilihan lain.



Semasa perjalanan kami saya cuba ambil gambar tapi semua nampak macam ini.



Seluruh Amerika antarra New Jersey dan Colorado ialah tanah ladang yang rata. Kadang-kadang pemandangan di tepi jalan raya indah tapi biasanya kami bosan. Walaupun kami ada peluang melawat makcik dan suadara Ben di Ohio, lawatan itu sangat seronok.



Akhirnya, lepas tiga hari, kami sampai di Colorado. Kami pergi terus ke rumah ibubapa Ben dan tidur. Saya belum ada gambar kat Colorado jadi cerita saya kena tamat sini. Tapi saya janji tulis lagi tak lama lagi.

Saya nak ucap terima kasih kepada semua kawan-kawan yang baca 'blog' ini. Saya gembira bila saya tengok ada 'comment' dan baca kamu sihat. Saya rindu kawan saya di Malaysia dan ingat tentang kamu kerapkali.

Jaga diri!

27 July, 2008

Dah Sampai Di Amerika

Hai.

Kami sampai selamat di Amerika haribulan 24 bulan Julai. Perjalanan kami memang jauh sangat dan kami penat sangat. Semalam saya tidur untuk 12 jam terus tetapi kami gembira jumpa keluarga Casey di Amerika. Ayah Casey ambek kami dari lapangan kapal terbang di New York City dan hantar Ben ke rumah kawan dia. Casey ikut ayah dia ke rumah adik untuk jumpa anak suadara Casey. Selepas itu, Casey pergi ke rumah adik lain Casey dan jumpa anjing-anjing kami. Kemudian, Casey tidur lena.

Kami mahu ucap terima kasih kepada semau kawan-kawan kami yang hantar kami ke lapangan kapal terbang. Kami semoga kamu sampai kat Kuala Mai selamat. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang jumpa kami kat KLIA. Seronok jumpa semua satu kali lagi sebelum kami balik ke Amerika.


Kami masih penat jadi post ini singkat. Kami rindu semua kawan-kawan di Malaysia dan semoga kamu sekalian gembira dan sihat.

17 July, 2008

Selamat Datang!

Ini blog baru Ben dan Casey. Walaupun kami balik ke Amerika, kami tak mahu lupa kawan-kawan di Malaysia. Jadi, kami bermula blog ini untuk berkongsi pengalaman kami selepas kami balik ke Amerika. Kami akan post gambar-gambar dan khabar tentang hidupan kami di Amerika bila-bila kami ada masa. Kami menggalakkan semua kawan yang tengok blog ini, comment dan bagitau kami khabar dari Malaysia.

Semoga kamu seronok blog ini dan tak lupa kami sebelum kami boleh balik ke Malaysia.

Terima kasih,
Ben dan Casey