30 September, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri!



Kepada semua kawan kami di Malaysia, semoga bergembira di hari mulia ini bersama ahli keluarga dan anak suadara tercinta serta rakan rapat.

Kami rindu kamu sekalian!

13 September, 2008

Apa khabar orang kampung?

Selamat Malam!

Saya nak ucap terima kasih kepada semua kawan di Malaysia yang ‘comment’ kat blog ini. Saya memang seronok baca ‘comment’ kamu dan menjadi gembira bila-bila saya dapat ‘comment’ baru. Saya nak ucap tahniah kepada Boboy, Arif, dan semua anak yang lulus UPSR. Saya kagum. ‘Keep up the good work!’

Saya masih puasa. Saya mahu puasa seluruh bulan puasa. Kadang-kadang saya rasa haus dan penat tapi saya boleh tahan. Hari tu saya hampir terlepas suhur. Saya bangun pada 5:14 pagi dan fajr pada 5:23 pagi. Saya makan dan minum cepat sebab saya ingat kalau saya tak makan suhur saya memang tak boleh tahan hingga Maghrib. Lepas tu, perut saya sakit tapi saya ok hingga Maghrib.

Mujurlah, di Colorado setiap hari lagi singkat jadi setiap hari saya boleh bangun lagi lewat dan buka puasa lagi awal. Pada haribulan 30 bulan Septembre, saya boleh bangun pada 5:20 pagi dan buka puasa pada kira-kira 6:40 malam. Jadi kena puasa untuk kira-kira 13 hours, dulu saya kena puasa kira-kira 15 hours. Setiap hari lagi senang!

Saya masih tak ada gambar kawasan rumah kami tapi hujung minggu lepas Ben dan saya dengan kawan kami berkhemah dalam kawasan gunung dan saya ada gambar.

Seronok berkhemah. Dah lama kami khemah dalam hutan. Kami memang suka. Kami suka udara yang sedar dan pemandangan yang sangat indah. Kami buat api kecil dan bakar ‘marshmellows’ hingga lewat malam. Seronoknya! Semoga kami boleh berkhemah lagi hujung minggu depan.

Ok, Ben mahu makan malam jadi saya kena berhenti sekarang. Semoga semua kawan kami di Malaysia sihat dan gembira!

Jaga diri,

Casey and Ben


01 September, 2008

Selamat Bulan Puasa

Selamat Bulan Puasa!  Saya tak percaya Bulan Puasa dah sampai.  Saya belum sedia tapi saya cuba puasa tahun ini lagi.  Pagi tadi, saya bagun awal untuk suhur dan saya dah haus.  Sini puasa susah sangat sebab kena puasa dari 5 pagi ke 7:30 malam.  Tak boleh makan atau minum untuk lima belas jam! Colorado sangat kering juga jadi saya selalu haus.  Saya teringin saya di Malaysia dengan kawan-kawan yang puasa juga.  Besok saya cuba dapat kawan Muslim kat Universiti sebab Ben tak mahu puasa dengan saya.

Dulu, saya bergurau.  Ben tak malas.  Dia kerja kuat dan boleh dapat kerja tak lama lagi.  Walaupun dia pergi memancing hari ini, sementara saya duduk kat rumah dan buat kerja :)

Semoga semua kawan-kawan kami di Malaysia sihat dan gembira dan wish you a safe and peaceful bulan puasa.