16 August, 2008

Dah Sampai di Colorado

Maafkan saya, dah lama saya tak tulis. Ben dan saya memang sibuk di Amerika tapi kami sihat. Kami sampai di Colorado seminggu lepas dan hari ini kami masih belum siap kemas rumah. Kami ada terlalu banyak barang, ambil masa lama susun rumah. Saya bermula mengajar di universiti minggu lepas juga jadi tak ada masa untuk apa-apa lain.

Macammannapun, kami gembira dan suka sangat rumah baru kami. Nanti, saya tulis tentang rumah dan Colorado. Sekarang, saya nak tulis tentang perjalanan ke Colorado dari New Jersey. Perjalanan itu sangat jauh. Kami kena mandu hampir 2,000 batu.

Perjalan Kami dari New Jersey ke Colorado (tanda dalam merah)
Ben dan saya sewa lori besar dan keluarga saya bantu penuhkan lori. Susah sangat sebab ada banyak barang besar dan berat.

Lori disewa (8 meter)

Barang-barang kami dalam lori.

Ben, adik saya, dan ayah saya


Lepas semua barang kami dalam lori, Ben, saya, dan anjing-anjing kami naik lori. Memang himpit dan tak selesa tapi kami tak ada pilihan lain.



Semasa perjalanan kami saya cuba ambil gambar tapi semua nampak macam ini.



Seluruh Amerika antarra New Jersey dan Colorado ialah tanah ladang yang rata. Kadang-kadang pemandangan di tepi jalan raya indah tapi biasanya kami bosan. Walaupun kami ada peluang melawat makcik dan suadara Ben di Ohio, lawatan itu sangat seronok.



Akhirnya, lepas tiga hari, kami sampai di Colorado. Kami pergi terus ke rumah ibubapa Ben dan tidur. Saya belum ada gambar kat Colorado jadi cerita saya kena tamat sini. Tapi saya janji tulis lagi tak lama lagi.

Saya nak ucap terima kasih kepada semua kawan-kawan yang baca 'blog' ini. Saya gembira bila saya tengok ada 'comment' dan baca kamu sihat. Saya rindu kawan saya di Malaysia dan ingat tentang kamu kerapkali.

Jaga diri!

1 comment:

talking.kerbau said...

Hi Casey dan Ben!

Apa khabar! Amboi, lamanya tak tulis blog! Saya tengok hampir setiap hari tapi tak banyak berubah... lol...

Tahniah sebab berjaya pindah ke rumah baru. Saya nak tengok gambar-gambar rumah korang. Mesti cantik kan? Barang-barang pun macam banyak je...

Macam mana keadaan kat Colorado? Panas tak? Di sini panas jugak walaupun sekarang sepatutnya musim ribut.

Ben sekarang kerja kat mana? Banyak tak gaji dia?

Casey pulak macam mana? Bagus tak mengajar? Memang seronok tapi amat meletihkan dan takda msa untuk buat perkara-perkara yang lain. Casey mengajar mata pelajaran apa di sana? Seminggu berapa jam? Saya mengajar sekarang seminggu dalam 30 hingga 40 jam! Penat giler sebab sekarang kelas di ATMA ada lebih kurang 25 orang pelajar!

Saya dah ada 3 orang cikgu baru yang banyak menolong saya. Kami ada 2 buah kelas kecil untuk 2-4 orang dan sebuah kelas besar untuk 50 orang. Kelas besar kami gunakan untuk aktiviti seperti debat, pantun, menonton wayang, bermain alat muzik Melayu, makan-makan dan lain2.

Saya harap Casey dan Ben dapat hidup gembira di sana.

Nanti tulis la apa-apa lagi ya!

P/s: memandu (kata dasar=pandu)... mandu takda...

Ok, kita borak2 lagi nati ya!