13 September, 2008

Apa khabar orang kampung?

Selamat Malam!

Saya nak ucap terima kasih kepada semua kawan di Malaysia yang ‘comment’ kat blog ini. Saya memang seronok baca ‘comment’ kamu dan menjadi gembira bila-bila saya dapat ‘comment’ baru. Saya nak ucap tahniah kepada Boboy, Arif, dan semua anak yang lulus UPSR. Saya kagum. ‘Keep up the good work!’

Saya masih puasa. Saya mahu puasa seluruh bulan puasa. Kadang-kadang saya rasa haus dan penat tapi saya boleh tahan. Hari tu saya hampir terlepas suhur. Saya bangun pada 5:14 pagi dan fajr pada 5:23 pagi. Saya makan dan minum cepat sebab saya ingat kalau saya tak makan suhur saya memang tak boleh tahan hingga Maghrib. Lepas tu, perut saya sakit tapi saya ok hingga Maghrib.

Mujurlah, di Colorado setiap hari lagi singkat jadi setiap hari saya boleh bangun lagi lewat dan buka puasa lagi awal. Pada haribulan 30 bulan Septembre, saya boleh bangun pada 5:20 pagi dan buka puasa pada kira-kira 6:40 malam. Jadi kena puasa untuk kira-kira 13 hours, dulu saya kena puasa kira-kira 15 hours. Setiap hari lagi senang!

Saya masih tak ada gambar kawasan rumah kami tapi hujung minggu lepas Ben dan saya dengan kawan kami berkhemah dalam kawasan gunung dan saya ada gambar.

Seronok berkhemah. Dah lama kami khemah dalam hutan. Kami memang suka. Kami suka udara yang sedar dan pemandangan yang sangat indah. Kami buat api kecil dan bakar ‘marshmellows’ hingga lewat malam. Seronoknya! Semoga kami boleh berkhemah lagi hujung minggu depan.

Ok, Ben mahu makan malam jadi saya kena berhenti sekarang. Semoga semua kawan kami di Malaysia sihat dan gembira!

Jaga diri,

Casey and Ben


6 comments:

Anonymous said...

hai............wats up????????????????????????


have a nice day


peace

have a good fasting day


send my regard to ben


bye....

Anonymous said...

Hai auntie casey and uncle ben.auntie casey tengah wat apa tu? auntie casey dah tinggal puasa ke belum.

AnieOshin said...

wow....nice view..

talking.kerbau said...

Helo Casey!

Maafkan saya kerana sudah lama tak beri komen dalam blog ni... bulan puasa ni agak sibuk sikit sebab banyak ibadat yang harus dilakukan pada waktu isang dan malam sampai tak begitu sempat nak buat banyak perkara lain...

Ramadan tinggal beberapa hari saja lagi. saya amat sedih kerana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada bulan yang mulia ini. saya sering rasa aman dan tenang dalam bulan ramadan... dan kadang-kadang terasa syahdu hingga menitiskan air mata...

Casey tetap berpuasa ya? casey amat tabah dan cekal... teruskan! semoga mendapat berkat dan ganjaran.

Ada juga beberapa pelajar baru dari MACEE yang datang mengambil kursus bahasa di sini. jacob Izenberg dan Peter Christaleit. Jake orang Yahudi dan Peter orang Kristian tetapi Peter juga berpuasa kerana ingin merasa apa yang orang Islam rasa bila berpuasa.

Ada juga beberapa pelajar Jepun yang berpuasa. Hari itu bila saya hantar mereka pulang ke Jepun di KLIA, ada yang menangis kerana tak mahu tinggalkan Malaysia. Tetapi apa kan daya... mereka harus tamatkan pelajaran di universiti dahulu.

Kadang-kadang saya pun sedih bila tengok pelajar menagis di hadapan saya..... (-_-)

Gambar Ben dan Casey di tempat perkhemahan sangat cantik! Terdetik juga rasa di hati nak pergi ke tempat2 macam tu!

Semalam saya tengok DVD cerita freedom writers yang ben dan casey hadiahkan kepada saya di KLIA.

Saya rasa mat terharu dan bersemangat bila tengok cerita itu. Saya rasa kita berdua ada tugas yang besar untuk mendidik anak-anak bangsa agar menjadi golongan yang lebih baik dari golongan kita. Saya doakan agar semuanya baik di sana.

Sila kirim salam saya bepada Ben. Teruskan berpuasa. Bila dah biasa rasanya tak begitu susah kan?

Anonymous said...

Casey n ben,

Dah dapat CD & surat utk kanak-kanak & perpustakaan kuala mai. kami pamerkan di papan putih yang casey n ben guna utk ajar bahasa inggeris dulu. ingat tak? :)
kanak-kanak di sini gembira sangat. terima kasih banyak² casey n ben!!

AiN iZzAti said...

wah....
beznyer uncle n aunty pergi sana....
cantiknya sceneries....
nanti kalau ada peluang....
saya pun nak pergi sana...
mesti seronok kan???



-enjoy!!-