27 August, 2009

Selamat Bulan Puasa

Hai!

Selamat bulan puasa.  Saya fikir tentang kawan saya di Malaysia bulan ini.  Saya buat puasa lagi di Amerika tapi tak seronok macam di Malaysia.  Saya buat puasa sendiri dan kadang-kadang puasa susah sendiri.  Di sini, mesti puasa masa lama.  Puasa bermula pada 5 pagi dan buka pada 7:45 malam.  Mesti puasa untuk 17++ jam setiap hari - susah sangat.  Tapi setiap pagi saya berniat dan saya boleh puasa.  Saya kagum sebab kalau saya mahu puasa untuk saya saja tak boleh.  Walaupun saya berniat buat puasa untuk Ramadan saya boleh.  Saya memang belajar tentang faith semasa bulan puasa.

Saya teringin saya boleh melawat Malaysia bulan ini dan buka puasa dengan kawan di situ.  Saya rindu makanan Malaysia, terutamnya semasa bulan puasa.  Di sini, saya mesti masak sendiri, tak ada pasar ramadan.  Mungkin saya akan melawat pasar Asian bulan ini dan masak kari atau nasi ayam.  Mmmm....  Saya dah lapar -ha ha.  Saya mesti tunggu 12 jam lagi.  

Semoga sekalian kawan di Malaysia gembira dan sihat bulan ini.  Sila, kirim salam kepada keluarga dan kawan kamu daripada saya.  Hati saya memang di Malaysia sekarang.

Salam Sejahtera.
Casey 

6 comments:

Datin Paduka Nunu said...

hi, casey...
SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA PUASA..
saya bangga sekali membaca tentang pengalaman Casey berpuasa. semoga Casey dapat bertahan ya. :))

Seronok baca blog ini. update selalu ya!

;D

:) said...

casey,
suka betul saya baca blog casey. teruskan menulis casey dan rajin-rajin update. :)

Syazwi Aljabri said...

Hi Casey,
Saya suka baca blog awak. Semoga awak dapat menjalani ibadat berpuasa dengan jayanya!Dan sabar menunggu waktu berbuka puasa. Semoga berjaya!

Kopiah Senget said...

Hello Casey& Ben;

Selamat Berpuasa.... saya juga terpaksa berpuasa untuk tempoh 14 jam... semua itu cabaran!
Semoga dikuatkan semangat untuk berpuasa!

Kopiah Senget

Anonymous said...

casey,
apa khabar?masih berpuasa hari ini?
ani ada hantar emel pada casey, dapat tak?no reply from u..
ani nak bagi tahu casey, ani mungkin akan ke india hujung sept.harap2 semua berjalan lancar.
casey, dah berpuasa berapa hari? ada tinggal?hehe..its ok..but don't forget to sahur n berniat ok.
mama send regards to you.
we miss u n ben.
take care.

Anie.

Abang Sarif Kuala Mai said...

Hai Ben/Casey,
Abang Sarif di Kuala Mai terharu dengan semangat kau orang berpuasa.Kami disini sentiasa merindui kamu berdua.Nanti kalau ada kelapangan saya juga akan kesana nak tengok taman sayuran kamu.Mungkin banyak yan boleh abaang komen.....Tak lama lagi kami akan sambut Hari Raya.Sekarang dah mula sibuk..nak buat kueh, nak beli baju dan lain-lain.Ok lah Ben, jaga Casey dan Cesey selalu picit Ben dengan minyak angin tu, supaya Ben cepat sembuh.