15 May, 2010

Cuti Musim Panas dan Saya Bingung dan Bimbang

Hai.

Minggu ini, minggu terakhir semester musim bunga!  Saya mesti memperbaiki kertas pelajar-pelajar tapi bila semua kertas dah habis, saya bebas.  Saya tak mengajar semester musim panas.  Saya perlu dapat kerja lain dan tulis tesis semasa musim panas.

Saya seronok mengajar kat kolej tapi saya perlu cuti.  Saya 
bosan mendengar diriku berbicara. Saya mahu mendengar orang lain. Saya mahu mendengar pokok-pokok, haiwan-haiwan dan rumput membesar (Semasa saya masih kecil, datuk saya selalu cakap 'shh Casey, saya cuba mendengar rumput membesar'). Saya ingin tenang.

Sekarang saya sangat menekankan pasal tesis saya. Saya rasa mungkin saya tak boleh menyelesaikan tesis saya. Saya benci tulis. Saya tak pandai tulis. Saya rasa murung bila-bila saya tulis. Saya tak nak rasa murung, saya ingin rasa gembira dan puas hati. Tapi, saya takut untuk berhenti. Saya dah lama cuba tulis tesis dan takut keluarga saya, Ben, kawan-kawan saya, dan profesor saya akan kecewa dengan saya. Lagipun, saya takut kalau saya berhenti, saya akan menyesal kemudian. Apa saya menyedar saya perlu Ph.D? Apa saya menyedar saya ingin menjadi profesor? Kalau saya berhenti, saya tak boleh bermula lagi. Saya terbigung.

Saya belajar banyak-banyak daripada pengalaman saya di Malaysia. Saya jumpa ramai orang yang baik hati dan bijaksana. Kadang-kadang saya ingat mungkin apa yang terpenting ialah pengalaman saya di Malaysia dan pelajaran hidup saya pelajari dari teman saya di sana. Mungkin tesis tak penting. Mungkin tesis tu cuma pelajari akademik sia-sia dan apa yang sebenarnya penting adalah apa yang saya pelajari tentang orang-orang, sayang, dan kebahagiaan di Malaysia.

Saya tak pasti apa saya akan memetuskan tentang tesis saya tapi saya ingin mengucapkan 'terima kasih' kepada kawan-kawan di Malaysia. Pengalaman saya di Malaysia dah mengubah saya dengan cara positif.

Selamat sejahtera,
Casey

3 comments:

Min said...

Teruskan menulis di blog ni walaupun sibuk. Seronok rasanya membaca cerita dari kamu.

Tentang tesis tu, JANGAN BERHENTI kerana segala usaha yang dicurahkan walaupun sedikit pasti akan dibayar dengan kejayaan. Ingat pepatah melayu - Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ben and Casey said...

Terima kasih, Min.

Saya memang teruskan blog ni dan saya akan cuba menyelesaikan tesis saya.

Casey

wai said...

Casey,

Saya mengikuti blog ini dari mula sampai sekarang. Saya tak pernah tulis komen dan hanya jadi 'silent reader'. Tapi bila baca entry kali ini, saya rasa saya nak komen sikit. Jangan berhenti tulis tesis. Saya tak sabar nak panggil Dr.Casey bila Casey dah tamatkan PhD nanti.i believe u can do it!! all the best!! ;)