18 November, 2009

Tahniah Amy!!!

Kalau Amy tak baca 'comments' saya nak ucapkan Tahniah Amy!!! Semoga majlis kahwin Amy seronok dan kehidupan 'perkahwinan' (married life) Amy penuh dengan cinta dan kebahagian.

3 comments:

aqilah said...

hai, casey and ben.....sihat tak? amy selalu baca blog casey,sekarang amy banyak kerja sebab tue selalu suruh aqilah tuliskan komen untuk casey.Amy harap sangat casey dapat datang majlis kahwin amy nanti tahun depan 2010.Hari ini keputusan UPSR dah keluar.Budak kuala mai 3orang dapat 5A.Ramai anak-anak kuala mai dapat keputusan yang cemelang. Amy sungguh gembira dengan percapaian diorang.Sekarang musim hujan di malaysia.Ada tempat yang dah pun banjir.Tapi di kuala mai tak banjir.Anak-anak kuala mai rajin keperpustakaan ulangkaji pelajaran dan mengikut aktiviti perpustakaan.Tok 4 sarif pun selalu datang keperpustakaan baca buku. sekarang Tok 4 sarif sibuk banyak kerja.Casey bila nak dapat cahaya mata (anak)? jangan tunggu lama sangat casey pun dah berumur he he he he he (jangan marah)sekarang dekat kuala mai musim buah ada rambutan,duku,langsat,dokong,durian tak menjadi kali ini.Amy harap casey dan ben bahagia dengan kehidupan disana.Harap dapat jumpa casey dan ben.Thanks you atas ucapan tahniah yang casey berikan untuk amy.Harapan amy agar persahabatan yang kita jalinkan akan terus berkekalan sampai bila-bila, loue u casey dan ben..... bye bye.

nurnadia natasya said...

hai,uncle ben dan aunty casey , sihat tak ? nadia kat sini sihat. bila uncle ben and aunty casey nak datang k.mai.nadia rindu sangat kat uncle ben and aunty casey. nanti uncle ben and aunty casey datang k.mai boleh makan roti canai, goreng pisang, nasi lemak dan mcam2 lagi dekat kedai mak saya.hantar lah gambar uncle ben and aunty casey yang terbaru.ok lah sampai disini sahaja.mis u bye bye bye ........

aqilah said...

uncle ben dan aunty casey bila nak datang kampung kuala mai baru. kawan-kawan rindu kat uncle ben dan aunty casey. bye....bye.....



banyak-banyak bunga apa yang kita siram mati

.......................