Sekarang musim panas di Colorado jadi tak ada salji, ada sinaran matahari banyak dan cuaca panas jadi Ben dan saya memutuskan berkebun. Ben dan saya tak pernah berkebun dan tak pandai berkebun tapi nak cuba jadi kami beli banyak biji dan menanam biji di tanah kat rumah kami. Kami menanam biji pada bulan April dan Mei dan sekarang kami ada banyak tumbuh-tumbuhan. Seronoknya. Malam ini, kami makan salad dengan sayur-sayuran dari taman kami.
Kami masih belajar macammana berkebun baik jadi taman kami tak cantik tapi ada tumbuh-tumbuhan. Hari ini, saya melawat taman komuniti dan mereka ada taman cantiknya! Mungkin tahun hadapan taman kami lagi cantik. Kami mesti tunggu lagi untuk kebanyakan tumbuhan kami menjadi matang. Sekarang lettuce, radishes, spinach dan peas dah matang tapi tomatos, peppers, beans, onions, potatoes, dan carrots belum matang. Ini gambar taman kami. Nanti saya, akan berkongsi gambar taman kami bila ada tumbuh-tumbuhan yang matang.
Ok, mesti buat kerja. Semoga semua kawan kami sihat dan gembira.
Jaga diri,
Casey




2 comments:
rajinnya casey dan ben berkebun. Di rumah saya pun ada kebun tapi bukan saya yang punya, tetapi jiran sebelah rumah. Saya ingin bertemu anda berdua dan bercakap bahasa melayu, mesti best kan? Saya harap bila saya ke US nanti saya boleh mengunjungi rumah kalian berdua. Saya akan pulang ke Malaysia pada awal Oktober ini kerana sudah selesai masters, kalau anda berdua ke Malaysia sila lah hubungi saya nanti.
Hi Casey dan Ben,
Cantiknya kebun korang. Bukan 'taman', taman maksudnya 'park' atau 'garden' yang besar seperti Taman Tasik Titiwangsa atau Taman Negara. 'Kebun' maksudnya 'home garden'.
Rumah saya tak ada kebun sebab saya tinggal di flet tapi ada jiran-jiran saya yang ada kebun di depan pintu mereka! Orang Melayu kadang-kadang tanam pokok walaupun tinggal di kondo, apartmen atau flet!
Casey dan Ben apa khabar? Macam mana kerja+belajar? Ben seronok belajar juga? Harap korang dua-dua bahagia!
Post a Comment